Ahad, 23 November 2014

adakah umno bakal lenyap pru14 nanti? - anuar mohd nor

bagi penulis sekiranya barah tidak diubati, percayalah, makin parah dan semakin merebaklah barah itu sehingga ke usus, teguran demi teguran adalah kerana satu, diubah atau berubah, fikir dan fahami mengapa anak muda menjadi jelek dengan nama umno, ini realiti yang kita semua patut hadapi wahai rakan-rakan.

sebelum kita mengaku kalah pada pru14 nanti, adakah kita sanggup segalanya akan musnah dan hanya tinggal nama sahaja nanti? kita tak mampu lagi bangkit, kita tidak mampu lagi ke hadapan, kita sebagai pembangkang yang di tekan kiri dan kanan oleh pihak yang dah lama tunggu kita jatuh.

FIKIR, NILAI, JANGAN CEPAT MENGALAH DAN MELATAH!!

jatuhnya empayar melaka kerana pemimpinnya yang bobrok dan orang melayu terlalu ikutkan perasaan

umno parah menanti rebah - anuar mohd nor

Umno kritikal dan sekiranya tidak berubah akan di ubah. Umno hanya menang majoriti kecil dan hilang undi popular – ibarat telur di hujung tanduk – Umno gagal berbahasa dengan anak muda dan mungkin akan kalah PRU 14. Kenyataan yang ditulis di atas adalah pengukuhan gambaran kedudukan Umno di mata timbalan presiden Umno dan juga timbalan perdana menteri. Pandangan beliau dalam Utusan Malaysia boleh di baca di sini.

http://www.utusan.com.my/rencana/bangkit-atau-terima-padah-muhyiddin-1.27648

Benar, Tan Sri  – sejak keputusan PRU12 lagi, Umno sudah tahu Umno akan memasuki zaman edan. Setelah PRU12 dan keputusan PRU13, Umno/Barisan Nasional tidak menampakkan sebarang peningkatan malah kemelesetan dalam sokongan rakyat terhadap Umno/BN.

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno mengulangi apa yang diketahui – kedudukan Umno di mata rakyat dan arah perjalanan Umno yang semakin berdepan dengan erosi sokongan. Banyak alasan ketewasan relatif Umno/BN dalam PRU12 dan PRU13 di utarakan.

Antara lain yang disebut adalah kegagalan mengurus persepsi dan membentuk persepsi. Media alternatif adalah punca kekalahan maka langkah drastik seterusnya untuk mendominasi kehadiran dalam media sosial dan alternatif.
Maka Umno menggalakkan lebih ramai partisipasi kalangan ahli untuk menubuhkan laman web dan terjun dalam media alternatif dan sosial untuk menangani dominasi pembangkang dalam sektor ini. Kita tidak perlu berkias – semua ada peruntukkan – kalau bukan Umno yang membayar, wang poket politikus dalam Umno – kepimpinan tertinggi dan separa tinggi akan menyempurnakan peruntukkan. Berpuluh konvensyen di adakah bagi tujuan ini – media sosial  dan peruntukkan berterbangan dalam memastikan dominasi ini berjaya.

Namun mereka bergerak dengan haluan masing-masing, cara masing-masing, semua timbul – menghentam pembangkang – masuk dalam alam maya untuk diiktiraf sebagai pejuang Umno.

Hentam sana – hentam sini – pendedahan – skandal kepimpinan – usaha membantai giat dengan berbagai-bagai laman wujud dengan harapan menjadi laman No 1 dengan peruntukkan tahap VVIP dikeluarkan. Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini, Muhyiddin masih gusar melihat perkembangan Umno dan beliau sendiri mengakui kejayaan masih amat jauh lagi.

Umno masih dalam keadaan kritikal dan Umno secara jujur menunggu rebah. Ini semua kerana kepimpinan Umno dan ahli Umno masih tidak lagi faham kedudukan sebenarnya dan masih lagi tidak mengerti cara mana untuk meningkatkan kembali sokongan terhadap Umno.

Kita terjun dalam media alternatif – tanpa haluan – tanpa tahu bagaimana memanfaatkan segala yang diperuntukkan dan lebih-lebih lagi peneraju laman – laman sosial tidak berjiwa dalam melakukan kerja-kerja tersebut.

Bila Umno menggalakkan penyertaan dalam media sosial, ahli Umno dan penyokong Umno merempuh masuk dalam media alternatif, mereka terjun – tetapi akhirnya lemas dalam apa yang mereka lakukan. Umno tidak ada perencanaan tepat – tidak ada yang memastikan gerak kerja media sosial sepadan dengan gerakan pembangkang yang akhirnya nampak berjaya.

Umno – masih tersepit dalam gerakan membentuk persepsi dan menangani persepsi. Mereka yang dilantik menerajui perencanaan media sosial tidak faham dan masih alpa dalam apa yang mahu dilakukan.

Cuba Muhyiddin fikirkan keadaan dan hipotesis berikut :

Asas keluputan sebarang tindakan yang diambil adalah kerana kepimpinan sendiri tidak keluar dari kepompong dan hanya mendengar dari sekeliling mereka yang tidak faham dan tidak pernah ada pengalaman kecuali menjadi ahli politik dalam Umno untuk tujuan politik dengan budaya ortodoks politik dalam Umno.

Umno tidak pernah ada usaha untuk mengkaji secara terperinci – apa yang berlaku dalam senario kejayaan pembangkang dan tidak memahami langkah-langkah membentuk propaganda dan menangani propaganda pihak pembangkang. Media sosial kita semua seakan mahu bertindak seperti media arus perdana yang tidak akan mendapat sokongan rakyat baik pembangkang mahupun mereka yang tidak berparti.

Media sosial Umno lemah – tidak terarah dan tidak ada kepimpinan luaran melainkan politikus dalam Umno yang mentadbir sehingga mereka hanya berseronok membaca apa yang ada tetapi tidak memikirkan impak kepada pembaca dan sama ada dapat mendominasi pemikiran pembaca. Media sosial yang separa matang dan tidak dapat merumuskan arah yang mahu dicapai melainkan seronok dalam sirkulasi sendiri.

Umno perlu fikirkan semula dalam keadaan kita masih punyai waktu menjelang PRU14 – adakah sebenarnya 100% media sosial dapat diharap untuk membentuk persepsi baru, menjajah minda rakyat dan pembaca serta melakukan perubahan dalam senario politik negara? Apa pula dengan penyentuhan secara terus dengan rakyat – kumpulan kecil dan pelajar. Adakah sentuhan hanya melalui media sosial tanpa membawa ia ke realiti yang ada.

Umno dalam melihat sesuatu senario akan membuat kesimpulan ringkas – seperti penyertaan golongan muda, lalu berusaha memasukkan golongan muda dalam membantu meremajakan Umno. Adakah pernah kita fikir dalam pembangkang – golongan muda yang dikatakan wujud sebenarnya membawa aspirasi dan pemikiran golongan atasan – idea dan gambaran yang dibentuk kepimpinan politik mereka.

Adakah kita melakukan yang serupa? Adakah pernah kita fikir, apa yang ada pada golongan muda dalam daerah politik pembangkang adalah aspirasi dan pembentukan pemikiran yang diasaskan kepimpinan politik mereka dan mereka membawa idea ini untuk menjajah minda golongan remaja yang ada.

Umno gagal kerana Umno tidak pernah faham apa yang sebenarnya berlaku dalam sirkulasi pembangkang – bagaimana mereka membentuk dan menanam benih-benih baru untuk menjajah minda yang ada dengan konsep politik baru.

Mereka memupuk dengan kemas gerakan asal bukan Umno. Mereka merangkum idea partisipasi yang ada dengan gerakan perjuangan rakyat. Gerakan reformasi adalah bertenaga dan mereka kurang dengan gerakan menyentuh rakyat dengan hanya menghadirkan diri pada program berkhatan semata-mata.

Umno gagal kerana Umno hanya mendengar mereka yang tidak tahu tetapi bijak dalam menyampai yang baik pada senario yang tidak baik kepada pihak atasan. Umno terikat kepada suara politikus berkepentingan – tidak menyeluruh dalam memahami situasi dan tidak bertindak mengikut situasi. Kekurangan dalam memahami kehendak hari ini – kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengatasi kemelut dan isu yang timbul gagal dilaksanakan.

Mungkin Muhyiddin perlu sendiri melihat apa yang sebenarnya berlaku – mendengar dan menggerakkan, kerana dalam Umno – yang lain hanya menunggu – mendengar lagu lapuk cara dan bagaimana mahu bertindak – masih terkurung dalam minda ortodoks dalam melakukan perubahan.

Jelas, kenyataan dan apa yang dikatakan Muhyiddin dalam wawancara dengan Utusan Malaysia menunjukkan Umno masih terkebil-kebil dalam mencari-cari jawapan kepada erosi sokongan terhadap Umno. Mungkin Muhyiddin perlu cari jawapan di luar kongkongan minda politikus Umno itu sendiri. – 23 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

malaysian insider

azmin ghaib hari ini, tidak datang sesi dialoq dengan penduduk

Adakah sebab musabab ketidakhadiran mb azmin dan wakil pkns kerana takut? Atau menganggap sesi dialoq  perihal datum jelatek itu tidak dapat menyelesaikan masalah.

Turun longkang, panjat lori sampah, pergi ke sawah, bla bla ala jokowi katanya...

Sekali... he he berjumpa depan-depan dengan penduduk si mb tak muncul-muncul..
kih kih kih, longkang kemana, apa kemana.






ps: apa benar datum jelatek ini dipunyai kroni azmin? tu pasal bekas mb khalid ibrahim melambatkan proses projek ini, kita tunggu apa kata azmin ali.

Sabtu, 22 November 2014

dalam dikutuk bagai, kerja tetap kerja, bantu tetap bantu


menyokong tidak semestinya penulis menjilat, tatapi ini hakikat, maaf cakap mungkin segelintir melemparkan persepsi begitu begini kerana ada sifat phd yang tinggi, mungkin.

kerja tetap diteruskan bak kata orang, biarlah puaka mana dia nak kata, tapi mereka yang pandai bercakap tidak sikit bantu pun, pok pek pok pek je pandai.

persepsi buruk diberikan sebenarnya membuatkan dia lagi kuat bekerja, orang kata dia sombong tapi pernah berjumpa depan-depan dan bersembang? 

lagi sekali nak kata, turun padang dan bantuan untuk rakyat sememangnya umno dah buat sebanyak mungkin, dakyah pembangkang menganggap umno itu ini, sampai dikalangan haters dalam parti sendiri cukup suka dengar keburukan 24 jam tidak sikit pun mereka tahu apa kerja yang dah dilakukan oleh umno selangor untuk rakyat selangor.

tahniah ds noh sebab meneruskan kerja rakyat, biarlah orang nak kata apa, musuh lagi berbulu sekiranya ds noh turun padang membantu rakyat marhein.



ps: kepimpinan umno selangor kena lebih galak turun padang dalam membantu dan mengenali masalah rakyat dikawasan masing-masing. tak pe biarlah kena taji, kutuk, hina, caci, ludah, herdik dan pelbagai perkara yang tidak elok, kerja dan kebajikan tetap diteruskan, itulah umno.

Khamis, 20 November 2014

MBSJ MENGURANGKAN JAWATAN ATASAN UNTUK ORANG MELAYU, DARI 18 ORANG HANYA 6 ORANG SAHAJA ORANG MELAYU!!


apa azmin tak terbakar hati sekiranya bangsa dia hanya seciput pegang jawatan dalam mbsj? apa pemimpin pas berbangsa melayu tak terfikir penolakan secara halus oleh keparat kiasu dap dalam selangor, mungkin pendapat macai pr penjilat tegar anggap ahh umno bodoh sebab tak faham toleransi cara pr.

jadi macamanalah orang melayu nak percaya dengan pr ni, kebangsatan menolak orang melayu dari memegang jawatan bagus-bagus dalam majlis perbandaran, mungkin tindakan mbsj dianggap mengikut komposisi dap di kawasan jajahan mbsj, mungkin, yang jadi macai pekerja bawahan orang melayu juga.

azmin kau sebagai menteri besar melayu kasi fikirlah, zaman umno dulu tak sikit pun menganak tirikan bangsa sendiri, betullah kata seorang pakcik, malaysia ni kalau diperintah dap, melayu tersembam dalam gaung nak, pemimpin kita terlampau takut dengan kuasa dap, baik pas, umno dan pkr, ini tanah berdaulat, nak jahanamkan sekalipun jangan lacurkan maruah bangsa.

penulis nak kata satu je, kerana kuasa dan dendam, orang melayu kena kitai macam takda maruah walau pemimpinnya orang melayu.

xavier juga manusia hipokrit yang tolak wan azizah menjadi mb - che'gu bard


peranan xavier menjadi duri dalam daging kerana dia juga menarik sokongan dari menyokong wan azizah menjadi menteri besar semasa krisis mb selangor berlaku, pertanyaan mengapa pkr tidak memecat sahaja xavier sebagaimana pkr lakukan terhadap khalid ibrahim. sedangkan surat akuan sumpah itu adalah untuk menaikkan wan azizah menjadi menteri besar yang baru, arahan ini adalah dari kepimpinan parti.

itu yang menjadi tanda tanya, kerana apa pkr tidak lakukan hukuman, adakah kerana pkr mengamalkan satu set undang-undang berbeza terhadap orang tertentu? atau sememangnya kejatuhan khalid ibrahim itu perancangannya untuk menaikkan orang yang tidak sepatutnya.

sebelum itu xavier jayakumar, adun pkr sri andalas, mengeluarkan posting twitter mengatakan che'gu bard patut diam, kerja perlu diteruskan katanya.


nampaknya sistem pkr ni, dari pemilihan parti, tipu sana sini, dari pembohongan pemimpin mereka macam rafizi dan anwar ibrahim serta polimik penukaran menteri besar sampai akar umbi mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

tidak pasti apa jawapan xavier selepas ini sekiranya perihal ini berlanjutan.

Hentam menghentam kembali dalam kem pkr, terpalit lagi krisis mb?

Kata seorang rakan, tak ke pelik bila dia jd yb dulu, jangan kata longkang, sampah pun dia tak ambil kisah, ingat dia peduli?

Tapi atas nasib dia baik sebab sultan tak menerima wan azizah menjadi mb baru dan dia terpilih, dengan jawatan mb dia pegang sekarang secara automatik lakonan ala jokowi pun muncul.

Bukan hanya turun bersihkan longkang, turun ke sawah, sembur racun serangga nak kawal denggi katanya, malah siap menjahit bagai nak tunjuk dia adalah mb berjiwa rakyat kononnya, Kononlah..

Setelah che'gu bard membalun secara terbuka azmin dan kebobrokan pkr menjatuhkan khalid Ibrahim, dalam kem pkr ada panas telinga nampaknya.

Adakah perang kuasa bakal terjadi lagi di selangor? Adakah rakyat selangor sedar?


Rabu, 19 November 2014

sampai begitu sekali mereka buat kepada yb budiman


untuk apa gentar kepada seorang yb low profile macam budiman ini wahai pr? sabotaj last minit pulak tu, mengapa nak gentar-gentar sedangan ini untuk anak-anak kita, pendidikan anak-anak kita.

tanpa tiket politik sebenarnya, yb budiman mendapat jemputan sebagai perasmi majlis disebuah sekolah, tetapi mendapat pembatalan last minit oleh pentadbir sekolah dan dari pihak atasan.


'Dukatcita dimaklumkan bahawa pihak kami terpaksa membatalkan jemputan tuan sebagai perasmi di majlis Hari Kecemerlangan Pelajar dan Khatam Al-Quran 2014 Sekolah Rendah Agama Sungai Haji Dorani disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Sabak Bernam.'

itulah kandungan surat yang dinyatakan kepada yb budiman, siapakah tangan ghaib yang berperanan membuat arahan sebegitu? entahlah selangorku yang eranya hanya minda politik benci, dendam, sampai hal profesional mereka tolak tepi, poyo itu sahaja yang mampu penulis luahkan kepada mereka.

tetapi nik nazmi boleh aja sebabnya dia pegang jawatan exco pendidikan negeri selangor, dah memang selangor ini pr yang punya, nak buat macamana kan.


ps: politik politiklah, pendidikan kita kerja lah sama-sama untuk anak bangsa dan agama serta negara.